My Add

Sunday 15 April 2012

Felda tidak paksa peneroka

KUALA LUMPUR, SABTU, 14 April, 2012: Felda menafikan dakwaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahawa Felda memaksa para peneroka mengambil pinjaman untuk membeli saham-saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH).

Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, kebanyakan syarikat membuka peluang kepada pemegang-pemegang berkepentingan membeli saham-sahamnya semasa proses penyenaraian.

Menurut beliau, syarikat-syarikat itu juga kebiasaannya mengaturkan pembiayaan menerusi institusi kewangan terpilih kepada pihak-pihak yang berminat.

“Felda turut melakukan perkara serupa untuk mempermudahkan urusan para peneroka mendapatkan sumber kewangan bagi membeli saham-saham FGVH selepas disenaraikan di Bursa Malaysia kelak.

“Bagaimanapun, peneroka-peneroka yang berkemampuan boleh membeli saham dengan menggunakan wang sendiri,” jelasnya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment