My Add

Tuesday 24 April 2012

GLC jangan serah iklan sepenuhnya kepada agensi

KUALA LUMPUR, ISNIN, 23 April, 2012: Ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat milik kerajaan (GLC) Melayu yang 'kononnya' bersikap profesional dengan memberi tanggungjawab sepenuhnya kepada agensi pengiklanan merupakan faktor agihan pendapatan iklan itu tidak seimbang dalam industri media cetak.

Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, setiap CEO GLC perlu bertanggungjawab membuat keputusan dalam agihan pendapatan pengiklanan syarikatnya dan tidak hanya menuruti telunjuk agensi pengiklanan.

"Seharusnya agensi pengiklanan hanya sebuah agensi yang boleh mengesyor atau mencadangkan sesuatu dan bukan pihak yang membuat keputusan.

"Tetapi senario sekarang yang berlaku pada CEO GLC Melayu yang mahu dilihat profesional menyerahkan sepenuhnya kepada agensi pengiklanan yang rata-rata terdiri daripada orang bukan Melayu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

No comments:

Post a Comment