My Add

Monday 16 April 2012

Hishammuddin nafi anggota unit khas 40,608 orang pada 2010

KUALA LUMPUR, ISNIN, 16 April, 2012: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini menafikan dakwaan Ketua Pembangkang bahawa jumlah anggota unit khas pada 2010 adalah seramai 40,608 orang. 

Katanya, jumlah anggota unit khas sehingga kini tidak sampai 7,000 anggota dan menyifatkan dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai helah politik dan menidakkan usaha kerajaan ke arah transformasi negara.

"Mana dia dapat jumlah itu... angka yang kita ada pun tidak sampai dan jauh lebih rendah daripada apa yang dinyatakan.

"Inilah yang dikatakan modal pilihan raya... nak jaja cerita tidak betul dalam kempen mereka," katanya pada sidang media di Parlimen, sebentar tadi. -BERITA HARIAN ONLINE

No comments:

Post a Comment