My Add

Monday 16 April 2012

Hospital Petra Jaya tampung kepadatan di HUS

Oleh SOPI SAMAILE

KUCHING, ISNIN, 16 April, 2012: Masalah kesesakan pesakit di Hospital Umum Sarawak (HUS) akan diatasi dengan pembinaan Hospital Petra Jaya yang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun selepas tender dikeluarkan.

Timbalan Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Chin Zin Hing berkata pada masa ini projek Hospital Petra Jaya itu berada dalam peringkat reka bentuk bangunan.

Menurutnya, hospital tersebut akan dibina di tapak seluas 16 hektar yang telah dikenal pasti iaitu bersebelahan dengan Pejabat Kesihatan Negeri di Petra Jaya.

“Hospital Petra Jaya yang kini dalam proses reka bentuk itu akan menyediakan 300 katil pesakit pada satu-satu masa,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment