My Add

Sunday 15 April 2012

Hukum pemimpin biadab

MOHD. Shafie Apdal menyampaikan replika cek kepada wakil peserta Felcra Lekir sambil diperhatikan oleh Tajuddin Abdul Rahman (tiga dari kiri) dan Juzilman Basir (dua dari kiri) di Felcra Lekir, Perak, semalam.

Oleh ABDUL MUIN SAPIDIN

SITIAWAN, SABTU, 14 April, 2012: Tindakan tegas wajar diambil ke atas pemimpin pembangkang yang didakwa bersikap biadab mempersenda raja-raja Melayu ketika majlis pertabalan Yang di-Pertuan Agong XIV, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, Rabu lalu termasuk mengharamkan mereka memasuki istana atau menghadiri majlis diraja.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menegaskan, selain tindakan tatatertib, hukuman berlandaskan undang-undang sedia ada juga wajar diambil ke atas mana-mana pemimpin yang mempersenda kemuliaan serta kedaulatan raja-raja Melayu.

''Saya rasa pihak berkuasa boleh ambil tindakan, selain hukuman tatatertib supaya nama mereka boleh disenarai hitam sebagai jemputan (majlis diraja), tindakan juga perlu diambil kerana mereka mempersenda raja yang menjadi antara asas Perlembagaan negara, " katanya.

Penderhaka wajar diajar

IBRAHIM Ali beramah mesra bersama ahli-ahli Persatuan Bekas Polis Malaysia Cawangan Pasir Mas pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Bekas Polis Malaysia cawangan Pasir Mas kali ke-24 di Dewan Perkumpulan Perempuan, Pasir Mas, Kelantan, semalam.

Di PASIR MAS, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyifatkan tindakan beberapa pemimpin pembangkang mempersenda dan mengejek raja-raja Melayu adalah sebagai penderhaka.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, perbuatan menderhaka itu merupakan kesalahan yang sangat serius dan wajar didakwa serta dikenakan hukuman keras.

Katanya, mereka yang bertanggungjawab mesti diajar supaya sedar dan tidak mengulangi perbuatan yang mengaibkan itu.

"Saya meminta kerajaan mengambil tindakan tegas kepada penderhaka ini kerana jika dibiarkan mereka akan menjadi semakin berani menghina serta mempersenda raja-raja Melayu tanpa rasa bersalah," katanya. - UTUSAN

NGO gesa kenakan tindakan tegas

DI KUALA LUMPUR, Mana-mana pihak yang mempersenda dan mengejek raja-raja Melayu pada majlis istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XIV, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara, baru-baru ini perlu dikenakan tindakan tegas mengikut undang-undang sekiranya mengulangi perbuatan biadab itu.

Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abdul Karim berkata, perbuatan itu menunjukkan mereka tidak menghormati institusi beraja di negara ini dan adat istiadat Melayu.

Menurutnya, perbuatan itu juga merupakan pengkhianatan kepada negara dan individu-individu yang didapati bersalah melakukannya tidak layak menjadi pemimpin.

"Sekiranya dakwaan seorang petugas perubatan pada majlis istiadat pertabalan itu iaitu Dr. Rahman Kadir terbukti benar, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas.- UTUSAN

No comments:

Post a Comment