My Add

Monday 16 April 2012

Hukuman penjara setahun bekas imam baling selipar kekal

Oleh NORLIZAH ABAS

PUTRAJAYA, ISNIN, 16 April, 2012: Bekas imam, Hoslan Hussin yang didapati bersalah menghina mahkamah, gagal dalam usaha terakhirnya agar dibebaskan serta merta daripada hukuman penjara setahun atas sabitan membaling selipar ke arah panel hakim bersidang, Februari lalu.

Ia berikutan keputusan sebulat suara Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonannya agar hukuman penjara setahun bermula 8 Mac lalu yang dijatuhkan oleh panel terdahulu, disemak dan diketepikan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment