My Add

Tuesday 17 April 2012

Ibrahim Komoo kini Naib Canselor baru UMT

KUALA LUMPUR, SELASA, 17 April, 2012: Prof. Datuk Dr. Ibrahim Komoo dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang baru berkuatkuasa 13 April lalu bagi tempoh tiga tahun.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pelantikan bekas Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu bagi menggantikan Prof. Datuk Dr. Aziz Deraman yang telah tamat tempoh perkhidmatannya.

Beliau berkata, pemilihan Ibrahim berasaskan kepada kriteria yang telah ditetapkan oleh kementerian dan pengalaman akademiknya sebagai Pengarah Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (Lestari) dan Pengarah Institut Kajian Bencana Asia Tenggara di UKM.

"Pada masa ini, beliau juga menyandang Ketua Kluster Alam Sekitar dan Sumber Asli, Majlis Profesor Negara (MPN) dan ahli Majlis Akademi Sains Malaysia.

"Beliau juga merupakan pakar yang terkenal dalam bidang alam sekitar dan sumber asli di Malaysia dan antarabangsa khususnya dalam usaha mempelopori gagasan pemuliharaan sumber asli secara integrasi dan syumul,’’ katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment