My Add

Wednesday 18 April 2012

Indeks jenayah di Pulau Pinang turun 20.2 peratus

NIBONG TEBAL, RABU, 18 April, 2012: Indeks jenayah di Pulau Pinang mencatat penurunan sebanyak 20.2 peratus tahun lalu berbanding 27 peratus pada 2010.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini, indeks jenayah turut mencatat penurunan 25.4 peratus.

“Jika diperincikan secara perbandingan, indeks jenayah jalanan bagi 2010 telah menurun sebanyak 24.8 peratus berbanding 2009 manakala indeks yang sama juga mencatatkan penurunan sebanyak 46 peratus bagi 2011 berbanding 2010,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program Komuniti Kepolisan di Pasar Awam Tasek Mutiara dan Pasar Awam Tambun Indah di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment