My Add

Wednesday 25 April 2012

Isu air: Nik Aziz, EXCO didesak letak jawatan

KOTA BHARU, RABU, 25 April, 2012: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerjaraya, Utiliti dan Alam Sekitar Negeri, Mej (B) Datuk Md Anizam Abd Rahman, didesak meletak jawatan kerana gagal menyelesaikan masalah bekalan air bersih yang dihadapi rakyat negeri itu. 

Desakan itu dibuat Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) yang berpendapat kedua-dua pemimpin itu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kegagalan tersebut.

Pengerusi MTRK, Azmi Ali, berkata jika tiada tindakan positif diambil untuk menyelesaikan masalah itu, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran di Kota Bharu untuk mendesak mereka berundur.

"Rakyat Kelantan tak harap menara berpusing, lebuh raya bertingkat...kami hanya mahu air bersih. Slogan yang PAS bawa iaitu Negara Berkebajikan, tapi masalah air pun tak dapat selesai. Rakyat Kelantan sangat tertekan dengan masalah ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. 

Akhbar hari ini melaporkan beberapa pegawai dari SPRM hadir di pejabat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) di Kota Baharu, kira-kira 10 pagi kelmarin untuk memulakan siasatan mengenai dakwaan berlaku penyelewengan dalam syarikat pengurusan air berkenaan. 

Ketika diminta mengulas mengenai laporan akhbar mengatakan bahawa Anizam menganggap masalah air itu sebagai perkara remeh, Azmi berkata: 

"Air adalah satu keperluan hidup yang amat penting. Kalau air tak ada, sebarang aktiviti kita tak boleh buat". - BERNAMA

No comments:

Post a Comment