My Add

Tuesday 17 April 2012

ITS atasi kesesakan

Oleh HUSSAINI AMRAN

SUBANG JAYA, ISNIN, 16 April, 2012: Penggunaan aplikasi Sistem Pengangkutan Pintar (ITS) secara efektif berupaya mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas di negara ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berkata, peningkatan jumlah kenderaan yang didaftarkan setiap tahun memberi tekanan tambahan pada sistem jalan raya di seluruh negara.

Menurutnya, secara purata, jumlah kenderaan berdaftar meningkat pada kadar lima peratus setahun dan bilangan kenderaan yang menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) bertambah kira-kira tujuh peratus setahun sejak empat tahun lalu.

“Sebagai jalan penyelesaian, kerajaan telah mewujudkan Pelan Induk ITS beberapa tahun lalu sebagai panduan komprehensif kepada pelaksanaan aplikasi ITS di negara ini.

“Penggunaan aplikasi ITS itu merangkumi kawalan lalu lintas, sistem pemantauan dan sistem kutipan tol elektronik di lebuh raya,” katanya ketika berucap merasmikan Forum dan Pameran ITS Asia Pasifik XII di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment