My Add

Thursday 26 April 2012

Jaminan keselamatan jika pilih empat lokasi

KUALA LUMPUR, RABU, 25 April, 2012: Kerajaan hari ini memberi jaminan keselamatan kepada peserta Perhimpunan Bersih 3.0 yang dirancang pada Sabtu ini jika pihak penganjur setuju menerima empat lokasi yang dicadangkan seperti mana yang diminta oleh mereka sebelum ini.

Ini bermakna, jika penganjur perhimpunan tersebut bersetuju dengan salah satu lokasi yang dicadangkan iaitu Stadium Bola Sepak Cheras, Stadium Merdeka, Stadium Titiwangsa atau Nasional Bukit Jalil, kerajaan akan memastikan perjalanan mereka ke lokasi tersebut berjalan lancar.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, jaminan tersebut diberi atas semangat Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah- Langkah Khas) 2012 bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang diluluskan Dewan Rakyat, baru-baru ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment