My Add

Tuesday 17 April 2012

Janda muda, dua lelaki ditahan edar dadah

Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID

MELAKA , SELASA,17 April, 2012: Seorang janda muda dan dua lelaki tempatan ditahan polis kerana disyaki mengedar dadah dengan menjadikan sebuah hotel bajet di Banda Hilir di sini sebagai tempat membungkus semula dadah untuk dijual.

Janda berusia 29 tahun bersama dua lelaki masing-masing berusia 27 dan 28 tahun itu ditahan dalam serbuan di sebuah bilik hotel tersebut kira-kira pukul 10.15 pagi ini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd. Rahman berkata, serbuan hasil maklumat awam itu dijalankan oleh 13 anggota polis diketuai Inspektor Aminuddin Abdullah.

Katanya, dalam serbuan itu, polis menemui 10 bungkusan dadah, lapan daripadanya 563 gram dadah dipercayai heroin, 10 gram syabu dan 0.3 gram ganja yang kesemuanya dianggarkan bernilai kira-kira RM60,000. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment