My Add

Monday 16 April 2012

Jangan cuba permainkan institusi raja – Omardin

KUALA LUMPUR, AHAD, 15 April, 2012: Pengerusi Dewan Perguruan, Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka), Tan Sri Omardin Mauju memberi amaran kepada pihak-pihak tertentu agar jangan cuba mempermainkan institusi beraja di negara ini.

Beliau yang mewakili empat juta ahli mempertahankan diri di seluruh negara berkata, amaran itu sesuatu yang wajar kerana seni mempertahankan diri terutama silat, lahir di istana dan mempunyai kaitan rapat dengan institusi beraja.

“Kita pengamal silat tidak akan berkompromi sama sekali apabila menyentuh soal Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja Melayu yang lain. Pihak berkuasa perlu bertindak tegas terhadap mereka yang boleh dikatakan penderhaka.

“Sekiranya mereka tidak boleh menghormati atau suka kepada institusi beraja, sila keluar dari tanah air tercinta ini. Jangan sampai nanti kita turun beramai-ramai ke jalanan bagi menentang mereka yang biadab ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. 

No comments:

Post a Comment