My Add

Monday 16 April 2012

Janji manis pembangkang tidak jejas BN

KEPALA BATAS, AHAD, 15 April, 2012: Janji-janji manis yang ditaburkan oleh pembangkang bagi meraih undi dilihat tidak akan berjaya untuk membolehkan mereka untuk mengambil-alih pentadbiran negara daripada kerajaan Barisan Nasional (BN).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, ini kerana tiga janji yang ditawarkan oleh pembangkang iaitu menghapuskan kutipan tol, gaji minimum RM4,000 sebulan dan memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah tidak masuk akal.

“Mereka boleh cakap apa yang mereka ingin cakap sebab tidak akan wujud satu keadaan mereka akan menunaikan janji mereka itu.

“Jadi, mereka cakap macam-macamlah yang tidak masuk akal yang melibatkan duit rakyat, duit kerajaan yang begitu banyak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Konvokesyen Kesembilan Kolej Komuniti Negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment