My Add

Wednesday 25 April 2012

Jawatankuasa khas farmaseutikal halal perlu ditubuh

KUALA LUMPUR, RABU, 25 April, 2012: Satu jawatankuasa khas bagi memandu arah dan pelaksanaan farmaseutikal halal perlu ditubuhkan dalam masa terdekat bagi memastikan ubat-ubatan yang digunakan umat Islam di Malaysia terjamin halal, kata seorang profesor di sini, hari ini. 

Dekan Pusat Pengajian Sains Farmasi, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr Syed Azhar Syed Sulaiman, berkata penubuhan jawatankuasa itu penting dalam memastikan industri farmaseutikal di negara ini terbuka dan sentiasa komited menyahut keperluan pengguna yang peka dengan isu halal.

"Jawatankuasa ini jika diwujudkan, perlulah bertindak bersama-sama badan pemantau yang lain seperti Jabatan Kebajikan Islam Malaysia (JAKIM) supaya apa yang direncana mampu diolah menjadi realiti, tidak sekadar perancangan di atas kertas semata-mata.

"Kita patut malu disebabkan industri farmaseutikal halal di negara ini masih di takuk yang sama berbanding negara yang agama rasminya bukan Islam seperti Thailand dan Belgium," katanya. 

Beliau berkata demikian semasa membentangkan kertas kerjanya 'Ubatan Halal dalam Industri Farmaseutikal: Langkah-Langkah ke Arah Penghasilan dan Pemerkasaan' di seminar 'Kemelut Pemakanan Halal: Ke Arah Penyelesaian' di sini, hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment