My Add

Tuesday 17 April 2012

'Jika mereka anak jantan pulangkan pinjaman PTPTN'

KUALA LUMPUR, ISNIN, 16 April, 2012: Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mencabar pelajar atau mana-mana pihak yang mendesak kerajaan memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memulangkan semula pinjaman tersebut.

Menurut beliau, tindakan itu bagi membuktikan bahawa mereka tidak mahu menerima atau meneruskan pinjaman berkenaan.

"Jika mereka anak jantan, mereka wajar pulangkan pinjaman PTPTN," katanya selepas melancarkan Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (Apel) di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai tindakan seramai 200 mahasiswa menyertai demonstrasi membantah PTPTN anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) di Dataran Merdeka, Sabtu lalu serta hasrat pembangkang yang mahu memansuhkan pembiayaan itu jika memenangi pilihan raya umum akan datang. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment