My Add

Sunday 15 April 2012

'Jika Pas anggap PKR pengemis, kita terima sajalah'

KUALA TERENGGANU, SABTU, 14 April, 2012: Kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu hanya mampu menerima keputusan Pas memberikan lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan dua kawasan Parlimen untuk ditandingi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Pengerusinya, Azan Ismail berkata, sekiranya PKR sudah dianggap sebagai pengemis, parti itu akan menerima apa sahaja keputusan berhubung jumlah kerusi untuk ditandingi.

"Kalau dia (Pas) rasa kita ni macam pengemis, kita terima sajalah apa yang dia beri. Apa kita nak kata lagi sebab dia rasa dia hebat, dia lebih kuat dari kita.

"Cuma saya hairan kenapa kenyataan itu dikeluarkan oleh Pengerusi Lujnah Pendidikan Pas Pusat dan tidak oleh peringkat tertinggi parti Pas itu sendiri," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan oleh Pengerusi Lujnah Pendidikan Pas Pusat, Datuk Abu Bakar Chik semalam yang secara terbuka mengakui Pas negeri Terengganu lebih kuat berbanding PKR dalam menghadapi pilihan raya umum nanti. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment