My Add

Tuesday 24 April 2012

Kaji modul pengurusan kewangan

Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA

KUALA LUMPUR, ISNIN, 23 April, 2012: Kerajaan perlu mengkaji untuk mewujudkan modul berkaitan pengurusan kewangan bermula dari peringkat pra sekolah bagi menerapkan sifat berjimat cermat dan bijak berbelanja dalam kalangan rakyat.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Maamor Osmanberkata, peranan itu juga harus dimulakan oleh ibu bapa supaya dapat mendidik anak-anak mereka untuk menyimpan wang dan tidak bersikap terlalu boros apabila memasuki alam pekerjaan.

"Sebenarnya, sikap boros ini telah wujud lama dalam masyarakat sebab itu orang tua-tua dahulu banyak mencipta pepatah seperti bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian, ikat perut dan ukur baju di badan sendiri.

"Maka kita perlukan satu perubahan minda dan budaya. Sifat boros seperti yang terjadi dalam kalangan rakyat kita sekarang ini sebenarnya semakin berbahaya," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. 

No comments:

Post a Comment