My Add

Friday 20 April 2012

Kakitangan, pesakit HPP panik gas bocor di bilik MRI

GEORGETOWN, JUMAAT, 20 April, 2012: Pesakit dan kakitangan Hospital Pulau Pinang di wad kecemasan panik seketika apabila bilik Magnetic Resonance Imaging (MRI) mengeluarkan bunyi letupan dan asap. 

Pada kejadian kira-kira jam 3.30 petang, mesin pengimbas itu mengalami kebocoran gas yang dikatakan berpunca daripada masalah teknikal.

Pegawai Operasi Kanan Balai Bomba Jalan Perak, Nazari Mustapha, berkata akibat kebocoran itu, gas helium yang digunakan dalam sistem penyejukan mesin berkenaan tersebar ke udara dan memenuhi ruang udara.

"Gas yang bercampur dengan udara itu kelihatan seperti asap dan memenuhi bilik yang menempatkan mesin itu. Namun begitu, gas itu tidak membahayakan orang ramai," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian. 

Katanya, tiada kebakaran dan kecederaan berlaku ketika insiden itu. 

Beliau berkata, tiga buah jentera bersama 20 anggota dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan daripada kakitangan di situ 3.48 petang. 

Katanya, punca kebocoran gas dan jumlah kerugian masih disiasat. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment