My Add

Saturday 14 April 2012

Kempen nilai-nilai murni dirancakkan semula

RAIS Yatim melaungkan 1Malaysia bersama pemimpin MIC negeri dan pelajar-pelajar India selepas Majlis Anugerah Cemerlang Pelajar-Pelajar India UPSR Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2011 di Auditorium RTM, Seremban, Negeri Sembilan, semalam.

SEREMBAN, JUMAAT, 13 April, 2012: Sebagai sebuah negara yang sedang melangkah ke arah status negara maju, adalah amat perlu bagi Malaysia untuk mempunyai rakyat yang mengamalkan ciri-ciri kebudayaan yang tinggi, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Justeru, beliau berkata, kementerian akan merancakkan semula kempen nilai-nilai murni bagi menerapkan amalan seperti berbudi bahasa, menghormati orang tua dan sentiasa memberi senyuman dalam masyarakat.

"Kita perlu menggunakan kempen ini sebagai sebahagian daripada amalan dalam kehidupan kita kerana sebagai sebuah negara yang maju kita seharusnya semakin berbudaya," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment