My Add

Monday 16 April 2012

Kenapa berdiam diri?

Oleh SITI MAISARAH SHEIKH RAHIM

KUALA LUMPUR, AHAD, 15 April, 2012: Tindakan beberapa pemimpin pembangkang yang terus berdiam diri biarpun dikaitkan dengan perbuatan menghina dan mempersenda raja- raja Melayu semasa istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong XIV, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Negara Rabu lalu menimbulkan persoalan.

Ia berikutan sehingga kini tiada seorang pun dalam kalangan mereka yang tampil memberi kenyataan bagi menjawab dakwaan tersebut, biar pun terdapat desakan supaya berbuat demikian.

Antara pemimpin pembangkang yang dikaitkan dengan perbuatan tersebut seperti didedahkan oleh petugas perubatan, Dr. Rahman Kadir ialah Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali dan Naib Presidennya, Tian Chua.

Walaupun Tian Chua menerusi laman sosial Twitter awal-awal lagi menyifatkan dakwaan berkenaan sebagai pembohongan UMNO, namun Rahman mempertahankan pendedahan beliau berhubung perbuatan biadab itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment