My Add

Tuesday 17 April 2012

Kerajaan kaji kemungkinan bebaskan tahanan ISA: Hisham

KUALA LUMPUR, SELASA, 17 April, 2012: Kerajaan memberi jaminan untuk meneliti kemungkinan membebaskan tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selepas rang undang-undang yang menggantikan akta itu dikuatkuasakan kelak. 

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata pihaknya akan meneliti perkara itu seberapa segera dan pembebasan akan bergantung kepada tahap ancaman tahanan kepada keselamatan negara.

"Saya fikir kami perlu menelitinya...untuk melihat sama ada adakah mungkin untuk kita membebaskan mereka...dan kriterianya akan sentiasa demi kepentingan keselamatan negara dan kepentingan awam," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini.

Beliau berkata, pemansuhan ISA bukan saja mengambil kira aspek hak asasi manusia tetapi turut mengambil kira kepentingan keselamatan dan ketenteraman awam. 

Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 bagi menggantikan ISA 1960 yang berkuatkuasa selama 52 tahun. 

Penggubalan rang undang-undang baru itu bagi menjamin keselamatan negara dan ketenteraman awam daripada ancaman keganasan, sabotaj dan pengintipan. 

Antara lainnya rang undang-undang itu memperuntukkan tiada seorang pun boleh ditangkap dan ditahan semata-mata kerana kepercayaan politiknya atau aktiviti politiknya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment