My Add

Saturday 14 April 2012

Kerajaan peruntuk RM43j setahun untuk pelajar kita di Ireland

Oleh Azman Anuar

DUBLIN, JUMAAT, 13 April, 2912: Kerajaan Malaysia membelanjakan kira-kira RM43 juta setahun untuk membiayai yuran dan kos sara hidup pelajarnya di sini.

Seramai 1,300 pelajar Malaysia kini menuntut dalam bidang perubatan, perakaunan dan perniagaan di empat buah universiti utama di Republik Ireland. Mereka terdiri daripada pelajar ijazah pertama dan ijazah lanjutan antaranya sarjana dan doktor pakar.

Duta Malaysia ke Ireland, Datuk Ramli Naam memberitahu Utusan Malaysia, seramai 300 pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan 200 pelajar Majlis Amanah Rakyat (Mara) dihantar ke sini setiap tahun.

“Bayangkan RM43 juta setahun...hubungan antara Malaysia dan Ireland lebih berat kepada mereka.

“Kerajaan kita juga memperuntukkan RM1.4 juta untuk membiayai perbelanjaan pengajian seorang pelajar sepanjang lima tahun pengajian di sini. Sebab itu mereka perlu belajar dengan tekun,” kata beliau selepas menerima kunjungan rombongan Program Pengantarabangsaan Dakwah Yayasan Dakwah Islamiah (Yadim) 1Malaysia ke Dublin 2012.

No comments:

Post a Comment