My Add

Wednesday 18 April 2012

Kerajaan turut jadi mangsa jenayah siber

PUTRAJAYA 17 April - Jenayah siber di seluruh dunia termasuk Malaysia adalah membimbangkan apabila laman-laman sesawang kerajaan juga tidak terkecuali menjadi mangsa penjenayah alam maya.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, ancaman itu boleh melumpuhkan infrastruktur maklumat kritikal negara serta menjejaskan kesejahteraan sosial serta pembangunan ekonomi.

“Penjenayah siber bukan sahaja menjadikan sektor kewangan dan perniagaan dalam talian sebagai sasaran, malah beberapa laman kerajaan turut menjadi mangsa.

“Berikutan masalah ini, beberapa kerajaan seperti Amerika Syarikat dan Britain mengisytiharkan jenayah siber sebagai ancaman utama,” katanya pada Forum Undang-undang Akta Jenayah Komputer 1997 di sini hari ini.

Forum itu bertujuan mengumpulkan maklum balas awam berkaitan cadangan pembaharuan undang-undang yang terkandung dalam hasil kajian di bawah Jawatankuasa Pembaharuan Undang-undang Malaysia (JPUUM). - UTUSAN

No comments:

Post a Comment