My Add

Saturday 21 April 2012

Kerani kilang simen ditemui mati ditikam di rumahnya

JOHOR BAHRU, SABTU, 21, April, 2012: Seorang wanita ditemui mati ditikam di hadapan pintu rumahnya di rumah pangsa di Jalan Permas 7, Bandar Baru Permas Jaya, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaakob berkata, Kum Huey Lan, 46, seorang kerani di sebuah kilang simen di Pasir Gudang ditemui terbaring dalam keadaan berlumuran darah di rumahnya di tingkat tiga flat itu, kira-kira jam 8.30 pagi.

"Siasatan awal polis pada badan si mati mendapati terdapat tikaman di bahagian dada dan kesan kelar di leher yang dipercayai dari senjata tajam," katanya ketika dihubungi.

Zainuddin berkata, tiada kamera litar tertutup di flat setinggi lima tingkat itu.

Beliau berkata, polis menolak motif kejadian itu akibat samun berikutan barangan peribadi mangsa termasuk wang tunai, telefon bimbit dan dokumen pengenalan diri masih berada padanya.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment