My Add

Thursday 26 April 2012

Kes royalti minyak: Rayuan Kerajaan Kelantan ditolak

Oleh NORLIZAH ABAS

PUTRAJAYA, KHAMIS, 26 April, 2012: Kes saman kerajaan negeri Kelantan terhadap Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) berhubung tuntutan tunggakan royalti minyak kekal didengar dan diputuskan melalui isu-isu perundangan, bukan melalui perbicaraan penuh.

Demikian keputusan Mahkamah Rayuan hari ini ketika menolak rayuan Kerajaan Negeri Kelantan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang berpendirian agar pendengaran kes saman itu diputuskan dengan cara penghujahan isu-isu perundangan.

Selain itu, mahkamah menolak rayuan kerajaan pimpinan Pas itu agar pihaknya dibekalkan dengan dokumen-dokumen tertentu yang didakwa mempunyai kaitan dengan tuntutan yang dipertikaikan.

Bagaimanapun, kerajaan negeri tersebut mempunyai satu lagi peluang untuk merayu dengan mengemukakan permohonan kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan.

Keputusan sebulat suara itu dicapai oleh panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Ramly Ali yang bersidang bersama Datuk Clement Allan Skinner dan Datuk Lim Yee Lan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment