My Add

Thursday 26 April 2012

Kewangan mikro Islam buka peluang bangun produk beretika

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 26 April, 2012: Kewangan mikro Islam membuka peluang untuk kewangan Islam membangunkan produk yang menguntungkan, malah beretika, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, pada masa yang sama ia mampu menyokong aktiviti keusahawanan sosial serta melabur dalam dana sosial dalam jangka panjang.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, kewangan mikro Islam merupakan kewangan yang terangkum, keusahawanan dan perkongsian risiko menerusi usaha sama kewangan, satu pendekatan yang tidak dimiliki oleh kewangan mikro konvensional.

Beliau berkata demikian dalam ucapan dasr pada Forum Penyumbang Dunia 2012 di sini hari ini.

"Sejak tahun-tahun kebelakangan ini, beberapa institusi kewangan mikro menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan Islam berpendapatan rendah dan memenuhi keperluan mereka untuk mendapatkan produk berlandaskan prinsip kewangan Islam.

"Ini menjurus kepada kemunculan mikro kewangan Islam sebagai pasaran baharu khusus yang kita perlu memanfaatkannya," kata Najib.

Perdana Menteri berkata walaupun kemajuan ketara sudah dicapai, institusi kewangan Islam belum berjaya menjadikan perkhidmatan kewangan itu dapat diakses secara meluas oleh rakyat miskin, satu usaha yang mampu membasmi kemiskinan dengan ketara di seluruh dunia.

Najib berkata, nadi kewangan Islam ialah semangat dermawan tulen yang terserlah menerusi memberi serta amalan perniagaan, dan pada masa yang sama mendukung potensi transformasi kehidupan berbilion penduduk miskin di dunia.

"Agak mudah, inovasi kewangan yang dijuruskan untuk mengupaya bukan mendominasi penduduk, boleh merevolusikan dunia kita. Oleh itu tumpuan utama kewangan Islam ialah kedudukan nilai terasnya dan bukan semata-mata menambah aset," kata Najib.

Beliau berkata, kerajaan tidak dapat secara bersendirian merealisasikan perubahan sosial secara meluas yang diperlukan, memandangkan ia memerlukan sokongan daripada masyarakat awam dan sektor swasta, dengan kewangan Islam mempunyai peranan penting dalam menjayakan usaha ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment