My Add

Thursday 26 April 2012

Khairy: Ambiga tidak matang pertikai SPR

PETALING JAYA 25 April - Tindakan Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga menganjurkan demonstrasi menuntut perubahan dalam sistem Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) disifatkan sebagai tidak matang dan dilihat mendahului usaha penambahbaikan suruhanjaya itu.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, SPR sedang giat melakukan pelbagai perubahan termasuk dalam memastikan hak rakyat Malaysia di luar negara untuk mengundi dari sana.

''Bagaimanapun, usaha ini bukan mudah kerana isu logistik adalah sangat penting seperti penyediaan pusat mengundi di kedutaan Malaysia di mana-mana negara.

''Daripada lapan tuntutan Bersih, tujuh daripadanya telah dilaksanakan oleh SPR berdasarkan cadangan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) mengenai pilihan raya," katanya semasa berdebat dengan Ambiga dalam program debat anjuran sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan di sini malam tadi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment