My Add

Sunday 15 April 2012

Kita makan garam berlebihan

Oleh NORIZAN ABDUL MUHID

KUALA LUMPUR, SABU, 14 April, 2012: Penduduk di negara ini didapati mengambil 8.5 gram garam sehari iaitu lebih tinggi daripada kadar yang ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) antara lima hingga enam gram sehari.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, keadaan itu dilihat berlanjutan sejak lima tahun lalu apabila bilangan peratusan pesakit darah tinggi meningkat kepada 32.7 peratus berbanding 32.2 peratus pada 2006.

“Sebenarnya satu sudu garam dalam pemakanan sudah mencukupi namun rakyat negara ini mengambil garam melebihi kadar sepatutnya sekali gus terdedah kepada risiko penyakit darah tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Bulan Pemakanan Malaysia 2012 dan merasmikan Karnival NutriFun di sini hari ini.

Kata beliau, usaha mengurangkan pengambilan garam dalam makanan mampu menghindarkan orang ramai daripada pelbagai penyakit kronik seperti strok dan lemah jantung. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment