My Add

Tuesday 17 April 2012

Kontraktor gagal urus sampah

BEGINILAH keadaan timbunan sampah sarap sepanjang jalan berhampiran Kampung Melayu Wira Damai, Batu Caves yang mencemarkan pemandangan dan berbau busuk sehingga menggangu keselesaan pengguna dan penduduk setempat. – utusan/Ghazali Basri

Oleh MUHAMAD AIMY AHMAD

SELAYANG, ISNIN, 16 April, 2012: Bukan sekali dua, tetapi sudah berpuluh kali penduduk di negeri ini meluahkan rasa kecewa dan tidak berpuas hati berhubung kerja-kerja pengutipan sampah di kawasan pentadbiran mereka.

Terbaru, penduduk Pangsapuri Permai dan Kampung Melayu Wira Damai di Batu Caves mendakwa kegagalan kontraktor lantikan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan telah menyebabkan masalah timbunan sampah berlaku di kawasan mereka sejak akhir-akhir ini.

Dakwa penduduk, mereka terpaksa berhadapan dengan bau busuk longgokan sampah yang tidak dipungut sejak seminggu lalu sehingga mengganggu ketenteraman penduduk sekitar. - UTUSA

No comments:

Post a Comment