My Add

Thursday 26 April 2012

Konvoi Kembara Bumi Suci 2012 masuk China

KUALA LUMPUR, RABU, 25 April, 2012: Konvoi DRB-Hicom Kembara Bumi Suci 2012 (KBS2) yang memasuki hari kelima tiba di sempadan China, hari ini.

Ketua Ekspedisi KBS 2012, Azman Baharuddin berkata, konvoi bergerak pada pukul 8 pagi melalui Laos dari sini sebelum tiba di China.

"Kami hanya melintasi Sungai Mekong di Laos untuk perjalanan ke China dan tiba pada pukul 5 petang," katanya di sini.

Terdahulu, kumpulan berkenaan berkonvoi sejauh 570 kilometer (km) dari Sukhotai dalam keadaan cuaca yang baik dengan suhu 38 darjah Celsius.

"Kami tiba di Chiangrai pukul 2 petang. Selepas mengisi minyak, kami terus ke Restoran Salma dan menunaikan solat di Masjid Nurul Islam serta beramah mesra dengan penduduk," katanya.

Menurutnya, satu majlis doa selamat turut diadakan untuk Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas Sdn. Bhd., Datuk Syed Moheeb Syed Kamarulzaman yang terlibat dalam kemalangan kecil pada Sabtu lalu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment