BALING, KHAMIS, 26 April, 2012: Koperasi Pembangunan Kampung Teluk Petata Baling Berhad dilantik sebagai pusat pengedaran barang Coop 1Malaysia bagi memudahkan peruncit dan usahawan di daerah ini menjalin kerjasama perniagaan selain menawarkan produk pada harga berpatutan kepada pengguna.
Timbalan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) negeri, Rosidah Ramli berkata, pelantikan itu meletakkan Baling sebagai lokasi kelima di negeri ini selepas Alor Setar, Kota Setar, Bukit Selambau dan Kubang Pasu.
"Menerusi pelantikan ini, peruncit dapat berurusan dengan koperasi untuk mendapatkan bekalan produk yang jauh lebih murah berbanding di kedai biasa," katanya di sini, semalam. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment