My Add

Saturday 14 April 2012

Korban gempa Aceh meningkat kepada 10 orang

JAKARTA, SABTU, 14 April, 2012: Jumlah kematian dalam kejadian gempa bumi kuat 8.5 magnitud yang menggegarkan Aceh Rabu lalu meningkat kepada 10 orang manakala 12 lagi cedera termasuk empat parah. 

Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) menyatakan mangsa yang terkorban berumur antara 62 dan 88 tahun.

Enam orang maut di daerah Aceh Besar dan masing-masing seorang dari daerah Padang Pariaman, Banda Aceh, Aceh Barat dan Lhoksemauwe.

Daripada empat mangsa yang cedera parah, dua orang dari daerah Aceh Besar dirawat di Hospital Banda Aceh, satu lagi dari daerah Aceh Selatan dirawat di Hospital Yullidin Away, Tapaktuan manakala seorang kanak-kanak dari daerah Aceh Singkil kini dalam keadaan kritikal setelah ditimpa pokok semasa kejadian gempa bumi. 

"Semua mangsa yang cedera ringan sudah kembali ke rumah masing-masing," kata Ketua Pusat Data Maklumat dan Perhubungan Awam BNPB Sutopo Purwo Nugroho, di Jakarta. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment