My Add

Saturday 14 April 2012

KPT sasar 150,000 pelajar asing pada 2015

SERDANG, SABTU, 14 April, 2012: Kementerian Pengajian Tinggi mensasarkan 150,000 pelajar antarabangsa akan menuntut di Malaysia pada 2015, kata Ketua Setiausahanya, Datuk Ab Rahim Md Noor. 

"Sehingga hujung tahun lalu kita ada 96,000 pelajar antarabangsa yang belajar di sini dan kita kini sedang memperkasakan pelbagai usaha untuk mempromosikan lagi Malaysia sebagai tempat pilihan pelajar antarabangsa datang belajar.

"Dan pada 2015, kita mahu mencapai sasaran mempunyai 150,000 pelajar antarabangsa belajar di Malaysia," katanya kepada pemberita di Karnival Keluarga 1KPT 2012 di sini.

Beliau berkata, sehingga kini pihaknya mempunyai pusat promosi di Dubai, Jakarta, Bandaraya Ho Chi Minh dan China. 

Katanya, antara yang menarik minat pelajar antarabangsa datang belajar di Malaysia adalah kerana faktor yuran pengajiannya yang lebih murah berbading di negara mereka sendiri. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment