My Add

Thursday 26 April 2012

Kuliah agama: Khalid Samad didakwa, mengaku tisak bersalah

KLANG, KHAMIS, 26 April, 2012: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad didakwa di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini berhubung kesalahan menyampaikan kuliah agama tanpa tauliah di sebuah surau Taman Seri Sementa, Kapar dekat sini, 16 Ogos lalu.

Khalid mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu, yang dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Norafizi Fitri Ab Manaf.

Mahkamah membebaskan Khalid dengan ikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin. Kes itu ditetapkan untuk sebutan semula kes pada 7 Jun ini.

"Hari ini untuk pendengaran sahaja dan saya mengaku tidak bersalah atas tuduhan tersebut.

"Mahkamah juga telah menetapkan pada 7 Jun nanti untuk sebutan kali kedua," kata Khalid kepada Harakah Dily.

No comments:

Post a Comment