My Add

Sunday 15 April 2012


Lagi desak Pandikar Amin

Oleh SOFIAN BAHAROM

KUALA LUMPUR, SABTU, 14 April, 2012: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia didesak menyatakan pendirian beliau dalam isu lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT).

Presiden Badan Bertindak Anti Penyelewengan Negeri Kedah, Khairul Anuar Ramli berkata, perkara itu penting supaya rakyat dapat memahami tujuan beliau menolak usul melarang golongan berkenaan menjadi Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

"Ini kerana rakyat seluruh negara tidak mahu menerima pengamal LGBT menjadi wakil mereka di Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri.

"Mereka sedar perkara ini akan mengundang malapetaka sama seperti sejarah Kota Sodom yang diterbalikkan oleh Allah untuk dibersihkan daripada amalan songsang berkenaan," ujarnya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Pada 5 April lalu, Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mengemukakan usul tergempar bagi melarang golongan yang mengamalkan budaya serta tabiat songsang terutamanya golongan LGBT daripada menjadi Ahli Dewan Rakyat atau Dewan Negara. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment