My Add

Monday 16 April 2012

Lawatan dua jam Agong meriahkan DSA Ke-13

YANG di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajjah Haminah melihat replika pesawat A400M ketika berkenan berangkat melawat Pameran Pertahanan dan Sekuriti Defence Services Asia (DSA) ke-13 di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Mohd Yusni Ariffin

KUALA LUMPUR, ISNIN, 16 April, 2012: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah mencemar duli meluangkan masa selama dua jam melawat pameran pertahanan dan sekuriti Defence Services Asia (DSA) ke-13 di sini, yang disertai 850 syarikat industri pertahanan dari dalam dan luar negara. 

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda bersama Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah pada jam 10.30 pagi disambut Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, pegawai-pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan perwakilan luar negara.

Ini adalah lawatan pertama Tuanku Abdul Halim ke pameran bertaraf antarabangsa sejak pertabalan Seri Paduka Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada 11 April lalu.

Baginda turut mencemar duli melawat pusat pameran syarikat-syarikat pertahanan dari pelbagai negara termasuk Rusia, Turki, United Kingdom, negara-negara Eropah dan syarikat pengeluar tempatan. 

Baginda turut disajikan pertunjukan daripada pasukan tentera senario menyelamatkan mangsa tebusan dengan melibatkan tiga disiplin ATM iaitu melalui air, darat dan udara. 

Tuanku Abdul Halim jelas tertarik dengan pameran replika pesawat pejuang helikopter dan pesawat pengangkutan tentera dari Airbus Military dan Eurocopter di mana baginda dan Raja Permaisuri meluangkan masa 10 minit di pusat pameran itu. 

Selain mendengar penerangan daripada pegawai kedua-dua syarikat terbabit, baginda turut melihat replika pesawat pengangkut A400m yang bakal diperolehi ATM pada 2015 dengan kos RM2.5 bilion membabitkan empat pesawat keluaran Airbus Military. 

Baginda turut melihat replika helikopter tempur pelbagai fungsi jenis Tiger Had keluaran Eurocopter. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment