My Add

Wednesday 18 April 2012

Lawatan kerja dua hari PM di Sabah mulai Jumaat

KOTA KINABALU, RABU, 18 April, 2012: Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka akan mengadakan lawatan rasmi ke Sabah selama dua hari bermula Jumaat ini.

Perdana Menteri dijadual tiba di Terminal Dua Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada pukul 12.20 tengah hari dan menunaikan solat Jumaat di Masjid Negeri sebelum merasmikan Pelancaran Minggu Saham Amanah Malaysia 2012 di Kompleks Sukan Likas di sini.

Perdana Menteri kemudiannya akan berlepas ke Sandakan pada pukul 5 petang bagi menghadiri Majlis Perdana Bersama Rakyat 1Malaysia Parlimen Sandakan dan Batu Sapi di Dewan Hakka Sandakan di sebelah malam.

Pada keesokan harinya, Najib dijangka mengadakan tinjauan mesra di Taman Mawar dan Bandar Kim Fung Sandakan sebelum berlepas pulang pada kira-kira pukul 10.30 pagi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment