My Add

Wednesday 18 April 2012

Lebih 40,000 belia disasar sertai Pameran Hartanah

KUALA LUMPUR, RABU, 18 April, 2012: Sebuah syarikat pengurusan acara, Drumah Homely Publication Sdn. Bhd. (Drumah Homely) yang menjadi penaja rasmi Pameran Hartanah dan Perhiasan sempena Himpunan Jutaan Belia 2012 anjuran Kementerian Belia dan Sukan menyasarkan lebih 40,000 belia menghadiri pameran tersebut.

Pengurus Besar Drumah Homely, Nasruddin Ghani berkata, sebanyak 48 buah syarikat pemaju perumahan akan menyertai pameran itu yang menawarkan 2,000 unit rumah berharga antara RM200,000 sehingga RM550,000 kepada belia berusia 40 tahun ke bawah.

Pameran Hartanah dan Perhiasan 2012 akan berlangsung pada 23 hingga 27 Mei ini di Auditorium Cempaka Sari, Putrajaya sempena Hari Belia Negara 2012 dan dijadual akan dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment