My Add

Saturday 21 April 2012

Lelaki hilang ditemui terdampar di persisiran pantai Jelutong

GEORGETOWN, SABTU, 21 April, 2012: Polis Gerakan Marin Pulau Pinang menemui satu mayat lelaki dalam keadaan tertiarap di persisiran pantai Jelutong di sini, hari ini. 

Sumber polis marin berkata, mayat tanpa dokumen pengenalan itu ditemui pada jam 1 petang dan kemudiannya dibawa ke Pangkalan Polis Marin Batu Uban sebelum dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi, berkata hasil siasatan mendapati maklumat mayat itu berpadanan dengan identiti seorang lelaki yang dilaporkan hilang, Khamis lalu.
"Keluarga mangsa dipanggil untuk melakukan pengecaman terhadap mayat itu dan hasilnya positif," katanya. 

Beliau berkata, polis tidak menolak kemungkinan mangsa terjun dari Jambatan Pulau Pinang dan dihanyutkan arus deras hingga terdampar di pantai itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment