My Add

Friday 20 April 2012

Lelaki maut motosikal terbabas akibat serangan jantung

MELAKA, JUMAAT, 20 April, 2012: Seorang kerani sekolah maut selepas motosikal yang dinaikinya terbabas di Jalan Batu Berendam berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka di sini, hari ini, dipercayai kerana serangan penyakit jantung. 

Dalam kejadian jam 3 petang itu, mangsa Rushidan Mohamad, 42, yang berkhidmat selama tiga tahun di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Udang di sini, dikatakan dalam perjalanan ke Pejabat Pelajaran, Bukit Baru untuk menghantar dokumen.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman, berkata mangsa yang berasal dari Paya Rumput Jaya, Sungai Udang dalam perjalanan dari arah Gangsa menuju ke Bandar Melaka.

Beliau berkata, mangsa dipercayai mengalami serangan jantung sebelum terbabas di lokasi kejadian dan ditemui mati tanpa sebarang kesan kecederaan di anggota badan dan kepala.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment