My Add

Saturday 14 April 2012

LKIM sedia kongsi jalan dengan pemaju - Noh

KUALA SELANGOR, JUMAAT, 13 April, 2012: Dalam usaha meredakan ketegangan di antara penduduk Kampung Pasir Penambang di sini dengan pemaju projek sebuah pasar raya, Datuk Seri Noh Omar memberikan dua pilihan bagi memastikan tokong di kawasan terbabit tidak dirobohkan.

Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, kementeriannya bersedia menawarkan kepada pemaju terbabit menggunakan jalan milik Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) untuk melaksanakan projek tersebut.

Katanya, pilihan kedua adalah meminta Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) tidak memberikan kelulusan pelan pembangunan membabitkan jalan penduduk dan kawasan tokong yang merupakan milik pemaju.

“LKIM sudah beli tanah untuk jalan tersebut yang akan kita percepatkan pembinaannya. Saya akan berbincang dengan pihak pemaju agar mereka berkongsi jalan yang dibina LKIM untuk meneruskan projek itu, " ujar beliau. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment