My Add

Saturday 14 April 2012

Malaysia perlu lebih ramai polis bantuan

KUCHING, JUMAAT, 13 April, 2012 13 April - Malaysia memerlukan lebih ramai anggota polis bantuan bagi melaksanakan langkah-langkah membanteras jenayah serta mengawal keselamatan orang ramai dan aset penting negara dengan lebih baik.

Pengarah Pengurusan, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Mortadza Nazarene berkata, antara lokasi yang memerlukan lebih ramai anggota tersebut yang boleh membantu pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah pejabat-pejabat agensi kerajaan dan swasta, institusi kewangan, lapangan terbang, pelabuhan serta stesen janakuasa elektrik.

Katanya, walaupun mempunyai bidang kuasa terhad iaitu hanya di kawasan seliaan masing-masing, polis bantuan mempunyai peranan sama penting sebagaimana anggota polis biasa dalam mencegah dan membanteras jenayah.

"Kita sememangnya memerlukan lebih ramai anggota polis bantuan bagi menyokong fungsi PDRM di negara ini," tegasnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment