My Add

Wednesday 25 April 2012

Malaysia raih 8 emas pada hari ke-3 Olahraga Paralimpik Terbuka

KUALA LUMPUR, RABU, 25 April, 2012: Skuad olahraga paralimpik negara mengutip lapan pingat emas daripada 25 pingat emas yang dipertandingkan pada hari ketiga Kejohanan Olahraga Paralimpik Terbuka Malaysia di Stadium Mini Majlis Sukan Negara (MSN), hari ini. 

Lapan pingat itu disumbangkan Hisham Che Soh dalam acara lontar peluru lelaki kategori kecacatan F46/ cacat anggota dengan lontaran sejauh 12.38m; M.Aderin (lontar cakera lelaki kategori F33/cacat anggota) dengan lontaran 24.80m;
Majurin Aderin(lontar lembing lelaki kategori kecacatan F33/cacat anggota) dengan lontaran 16.40m; M.Davis (lontar lembing lelaki kategori kecacatan F34/cacat anggota) dengan lontaran 17.93m dan Mohd Saifuddin Ishak (lompat jauh lelaki kategori kecacatan F13/cacat anggota) dengan lompatan sejauh 6.46m. Mohd Hisham Khaironi turut menyumbang pingat emas menerusi acara 200m lelaki kategori kecacatan T12/cacat intelektual dengan catatan masa 24.20'; Amir Firdauss Jamaluddin dari acara 200m lelaki kategori kecacatan T38/cacat intelektual dengan catatan masa 25.94' dan Mohd Raduan Emeari acara 200m lelaki kategori kecacatan T36/cacat intelektual dengan catatan masa 26.83'.

Ketua jurulatih olahraga paralimpik kebangsaan, R Jeganathan, berkata beliau bangga dengan prestasi yang ditunjukkan semua anak didiknya dan berharap ada di antara mereka yang mampu layak secara merit ke Temasya Paralimpik London 2012. 

"Sehingga hari ini, dua atlit dari kategori B iaitu atlit baru yang melepasi standard minimum kelayakan A (MQSA). Nama atlit yang layak ke London akan diumumkan Majlis Paralimpik Dunia (IPC) dalam masa terdekat ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. 

Beliau berkata, kejohanan itu adalah medan pengukur kemampuan atlit paralimpik olahraga kategori A yang mempuyai pengalaman beraksi di kejohanan antarabangsa. 

"Saya tidak memaksa (atlit paralimpik negara kategori A) melakukan dengan bersungguh-sungguh kerana mereka perlu mengikuti kejohanan yang lebih mencabar di kejohanan Olahraga IPC di Sepanyol dan Perancis bulan depan. 

"Saya mahu mereka menggunakan peluang sebaiknya bagi mengukur prestasi sendiri di kejohanan ini dan berusaha untuk memperbaiki kelemahan itu sebelum beraksi di kejohanan lebih tinggi selepas ini," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment