My Add

Wednesday 18 April 2012

MB Selangor sedia mengadap Agong jelas isu persenda raja

Khalid anggap sebagai remeh

SHAH ALAM, SELASA, 17 April, 2012: Menteri Besar Selangor, Tan Sri AbdulKhalid Ibrahim bersedia menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah untuk memberikan penjelasan berhubung dakwaan pemimpin pembangkang mempersenda Raja-raja Melayu ketika istiadat pertabalan baginda Rabu lepas.

Menurut BERNAMA, Abdul Khalid dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata isu yang dibangkitkan itu hanyalah isu remeh yang sengaja diperbesarkan bagi tujuan politik.

"Ia tidak sepatutnya dibangkitkan tatkala rakyat sedang bergembira meraikan pertabalan Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong yang baharu.

"Justeru, jika ada keperluan, saya dengan hormat takzim menawarkan kesediaan untuk menghadap Seri Paduka Baginda bagi memperjelas kedudukan sebenar," katanya.

UTUSAN Malaysia pula melaporkan Khalid menganggap dakwaan perbuatan mempersendakan raja-raja Melayu melibatkan pemimpin pakatan pembangkang yang hadir pada istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong XIV, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara baru-baru ini sebagai isu remeh.

Wartawannya, HELMI MOHD. FOAD memetiik Khalis sebagai berkata, perkara itu sengaja diperbesarkan bagi tujuan politik dan ia tidak sepatutnya dibangkitkan ketika rakyat sedang bergembira meraikan pertabalan Seri Paduka Baginda.

Justeru, beliau berkata, sekiranya ada keperluan, pihaknya sedia menghadap Seri Paduka Baginda bagi menjelaskan kedudukan sebenar.

"Semua jemputan yang menghadiri istiadat itu hadir dengan penuh hormat takzim ke bawah Duli Tuanku Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang menjadi tempat berpayung seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan ideologi politik


No comments:

Post a Comment