My Add

Saturday 21 April 2012

Meriahkan persembahan 'Raja dan Rakyat Berpisah Tiada'

KUALA LUMPUR: Orang ramai khususnya di Lembah Klang tidak harus melepaskan peluang menyaksikan dan memeriahkan persembahan kesenian 'Raja dan Rakyat Berpisah Tiada' di Dataran Merdeka, malam ini. 

Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf, berkata acara penuh tradisi dan kebudayaan seperti itu tidak selalu diadakan kerana ia hanya diadakan lima tahun sekali iaitu sempena pertabalan Yang di-Pertuan Agong.

"Harapan kita orang ramai akan turun dan menyokong persembahan ini dan saya yakin ia dapat memukau penonton yang hadir," katanya ketika ditemui pada sesi latihan akhir di Dataran Merdeka, malam tadi.

Kamaruddin berkata, tumpuan utama ialah perarakan Diraja bermula dari Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ke Dataran Merdeka yang didahului dengan seekor gajah disertai dengan tiupan Tetuang yang melambangkan Raja Raja Melayu zaman dulu. 

Katanya, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah Hamidon dijangka berangkat tiba pada jam 9 malam. 

Kamaruddin berkata, Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan persembahan berkenaan secara langsung menerusi saluran RTM 1 selain boleh diikuti menerusi Astro Ceria. 

Pelbagai acara disusun dengan rapi bagi memeriahkan persembahan berkenaan termasuk pertunjukan seni mempertahankan diri pelbagai kaum, penyampaian warkah sumpah setia serta persembahan beberapa artis terkemuka tanah air seperti Awie, Faizal Tahir dan Noraniza Idris.
 
Tuanku Abdul Halim ditabalkan secara rasmi sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 di Istana Negara pada 11 April lalu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment