My Add

Tuesday 24 April 2012

MPAJ diminta cari jalan penyelesaian

JALAN di hadapan Ampang Point turut menjadi tempat kenderaan diletakkan sehingga sering kali menyebabkan berlaku kesesakan di kawasan itu.

AMPANG 23 April - Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) digesa mencari penyelesaian terhadap kekurangan tempat letak kereta di sekitar Ampang Point.

Beberapa orang yang ditemui di situ menganggap keadaan kesesakan jalan-jalan di situ akibat kekurangan petak letak kereta sudah sampai ke tahap kronik.

Seorang pekerja di sebuah syarikat telekomunikasi di kawasan itu, Muhammad Fikri Rosli, 24, berkata, keadaan lalu-lintas yang sibuk di kawasan itu sudah menjadi kebiasaan baginya.

"Boleh dikatakan pada waktu pagi, tengah hari dan petang keadaan lalu lintas sentiasa sesak kerana petak letak kereta penuh dan ada yang meletak kereta secara berlapis.

"Kadang-kadang mereka tidak meninggalkan nombor telefon ketika meletakkan kenderaan mereka di belakang kereta orang lain, dan ini sudah pasti menimbulkan kemarahan," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment