My Add

Monday 16 April 2012

Muhyiddin adakan pertemuan dengan Jawatankuasa Fatwa


TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Mufti Negeri Perak, Tan Sri Haji Harussani Zakaria selepas sesi bergambar sempena majlis pertemuan dengan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Malaysia Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia di Bangunan Perdana Putra, hari ini. - Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, ISNIN, 16 April, 2012: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengadakan pertemuan dengan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, di pejabatnya di bangunan Perdana Putra di sini.

Pengerusi jawatankuasa itu, Tan Sri Abdul Shukor Husin, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Islam Datuk Othman Mustapha, para mufti negeri, serta ahli-ahli yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja tiba di pejabat Timbalan Perdana Menteri kira-kira 2 petang.

Pertemuan itu antara lain melibatkan perbincangan mengenai pelbagai isu yang menyentuh soal kepentingan agama dan umat Islam hari ini.

Ia bertujuan mendapatkan input serta dorongan dalam melaksanakan dan memantapkan dasar pentadbiran negara khususnya yang berkait langsung dengan institusi agama, yang amat penting dalam suasana dunia menghadapi pelbagai krisis dan pergolakan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment