My Add

Tuesday 17 April 2012

Naib Canselor baru Unisel belum diiktiraf?

SHAH ALAM, ISNIN, 16 April, 2012: Kemelut pertikaian pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang berlanjutan hingga berbulan-bulan lamanya sebelum ini dilihat berjangkit pula kepada institusi pengajian tinggi (IPT) milik kerajaan negeri, Universiti Selangor (Unisel) apabila pelantikan Prof. Dr. Anuar Ahmad sebagai Naib Canselor tidak iktiraf oleh kerajaan negeri.

Menurut sumber, surat pelantikan Dr. Anuar yang sebelum ini dilantik menjadi pemangku Naib Canselor dikatakan telah dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi kira-kira dua minggu lalu.

Namun sehingga kini difahamkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Unisel tidak membuat pengesahan atas pelantikan tersebut.

Dr. Anuar ketika dihubungi Utusan Malaysia mengakui bahawa beliau ada menerima surat pelantikan tersebut daripada kementerian namun enggan mengulas mengenai perkara itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment