My Add

Saturday 21 April 2012

Najib galak pelajar kuasai pelbagai bahasa

SANDAKAN, SABTU, 21 April, 2012: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggalakkan golongan pelajar menguasai pelbagai bahasa untuk bersaing diperingkat global. 

Kata Najib, dengan menguasai pelbagai bahasa, seseorang itu akan dapat menjadi warganegara yang berjaya di seantero dunia.

Berucap pada majlis pecah tanah bangunan serbaguna Sekolah Menengah (SM) Yu Yuan di sini hari ini, beliau berkata Bahasa Mandarin, contohnya, adalah antara bahasa terkemuka di dunia, selain Bahasa Inggeris. 

"Jadi kalau kita dapat menguasai Bahasa Malaysia, Inggeris dan Mandarin, kita 
akan mempunyai kelebihan dalam dunia yang semakin hebat persaingannya. 

"Oleh itu, saya amat menggalakkan semua pelajar kita untuk menambah lagi 
penguasaan pelbagai bahasa terutama sekali ketika di bangku sekolah kerana bila bekerja nanti, penguasaan pelbagai bahasa akan memberi mereka kelebihan apabila mencari pekerjaan atau bila mereka ingin menceburi bidang perniagaan," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment